~ as a therapy ~

~ EasyChosen sbgai ruang contengan, coretan masa lapang dan juga perkongsian pengalaman seharian dlm meniti hidup di dunia yang sgt2 colourful, dan mengingatkan diri agar x terlupa bersyukur dgn segala nikmat Allah S.W.T, InsyaAllah...~

Saturday, December 3, 2011

~ New SNSD...!!! ~




~ All of new desktop wallpaper of SNSD The Boys ~

Friday, September 30, 2011

Monday, September 26, 2011

~ some of their singles ~


Baby Baby


Oh!


Genie

~ amazing frenship ~


they've been frens almost 10 years...taeyeon is da first tiffany's rummate and being her closest frens..





they built the longest frenship...together for more than 10 years since in form 1 (before debut)...very close to each other...

Thursday, September 22, 2011

~ teringat kat mak...~ mood: nak blik umh...:(


Mana Mak?' 

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Wednesday, September 21, 2011

~ just for tiffany...(eye smile)...(^.^) ~

 collection of aegyo and smile....(^.^)


Mi Young (tiffany) & Yul (yuri)



cute....


                                 Fany ahh...eye smile again...


cute tiffany...

Wednesday, September 14, 2011

~ new pictures of SNSD....(^.^) ~

It has been months  I didn't upload their cute photos




these are some of my collections of their cute pictures...

Monday, August 15, 2011

salam ramadhan

ermm..dah  lama x jenguk blog...
just nk fully spent time with my family..
less than one month to leave them...hu3
semoga ramadhan kali ni membawa infinity keberkatan tuk semua...






Sunday, July 10, 2011

They're really got me...!!!


SNSD...!!!
how to stop the addiction....
getting to know them better...
more collections of their songs...
more enjoyful I've got watching their live shows and tv & radio interviews
my day feels wildly better...


                                              cute... (^.^)

Wednesday, June 22, 2011

i'm in love.....!!!!!!

can't deny...i'm in love...!!!
in love with SNSD...!!!
all da time have been spent with 'beryoutube' n 'berchannel'...
watching and downloading SNSD @ So Nyuh Shi Dae @ Girls' Generation videos..
my addiction to them started when my sis introduced me their cute video clip 'gee' about 4 months
ago started from that moment...i fell in love with them...:)
my sis knows me well, she knows my taste in music..
we have same taste in music
but she more interested to guys group of K-Pop
especially 2am,2pm,and Suju...
i'm in the other side
i'm interested in SNSD...they're soooo cute, never bored watching their daily activities,live performnce shows,radio shows, tv shows and their video clips...(^.^)
It's a must to download their videos...
about 300 videos have been downloaded...how to stop this addiction...???
dun know...just let it be..(^.^)
be in front of my lappy for about 5 to 6 hours just watching them...dun know when all these will come to the end...
seriously...being sooooo addicted to them..their happiness, cuteness,their cute dance, everything is best about them..
the best K-pop ever...fell in love with dis grup..
~ love them forever ~
Jessica, SooYoung, Yuri, Yoona, Tiffany, Taeyeon, Sunny,Hyoyeon, Seohyun

my favourite members are yuri n tiffany...they are sooo... cute...

tiffany
'eye smile'
yuri
'cute'

tiffany & yuri....(^.^)



SNSD@ GIRLS GENERATION
They have been together since pre-debute ...most of them have been friends almost ten years...
they have their own tv channel,they also have their tv and radio programmes..
some of them be a deejay and tv host..
tiffany is a tv host, taeyeon is a deejay..
 i'm became their shippers now...(^.^)
i'm addicted to all the programmes...
the youngest member is seohyun...20 years old-they called her baby...
like others k-pop group...they have their own fren couples..the couples mostly roommates
and have been frens since before debute...
the  3 best couples to me...soosica(soo young & jessica), yoonyul(yoona &yuri), taeny (tiffany &taeyeon)
their frenship is amazing...they're very closed to each other...
a lot of songs..totally best...!!!
exp: gee, day by day, baby baby, honey, hoot, run devil run, kissing you, tears, best fren, himnae,born as a lady,genie,boyfriend,...much more...it'll never end to list here...
most of the songs were launched in japan and korean version..

nothing else better than them...
2PM, 2AM, SUJU(super junior), AS ONE,  4 MINUTE, SHINEE and much more K-Pop groups..all can't beat them

p/s: totally addicted...haish...:)



SNSD 



Saturday, June 11, 2011

~ heart always changed ~

think of it every time it's happened...
heart always changed even though we refused to do so...
sometimes the heart make us hepi, sometimes not...
why is it so...???
even though try to get off it...
but it's still happened...
maybe that's the fact...
heart can changed and never and ever be controlled...
that's the fact...
just keep waiting for it to completely heal...
and back to it's owner in much more better condition...
giving more happiness and joyful life..

Monday, May 30, 2011

love....

the prove of love to someone unnecessarily supposed to be expressed through words, being by the person's side all the time, say the love everyday, giving a call everyday, messaging everyday..these are nothing without the pure love in our heart to the person dat we loved...
 ~ love is subjective..indescribably by words bcoz words can lie...but, only heart can say it honestly...~

Sunday, May 8, 2011

Salam takziah to my dear fren, n her family...

Sabtu, 7.5.2011,7.59 pg, tgh sarapan pg...got a call from my dear fren, x sempat angkat, wondered, napa tetiba dia tepon pg..??? x pernah2 tepon pg..slalunya ptg atau malam jer...ada benda yg penting ker..??keep waiting for the next call...8.03 pg, she call lg..sempat angkat n as usual sapa dia dengan hepinya..dah jd kebiasaan..tp respon dia not as usual..cuba lagak tenang dengar berita dari dia...
kelu lidah x terkata...sgt2 terkejut dan sedih dgn berita pemergian abang dia kerana kemalangan...waktu dia tepon..x terfikir nk bg support sedikit sebanyak pd dia..sbb semuanya mcm tiba2 n x jgka...
hanya sempat ckp "sabaq" beberapa kali...seriusly..hati ni x thn dengar tangis dia pg 2..sbb diri ni tau perasaan seorang adik yg kehilangan seorang abang yg amat disayangi kerana diri ni pernah mengalaminya suatu ketika dulu...
hbs jer dia call..bgtau mak, ayh n family tentang berita ni...mak n ayh mmg kenal dgn dia...terkejut dan terus teringatkn abg yg pergi menghadap Illahi suatu ketika dulu juga kerana kemalangan..km terus plan nk p ziarah petang tu jgk,hati melonjak dengan harapan yg penuh hopefully dpt pegi ziarah ptg nnti,sbb pg x berkesempatan sebab semuanya ada urusan..so decide nk p petang...
x lama lepas 2..aq rasa x sedap hati, risaukn dia..td pun x sempat nk ckp lama, mmg x patut lar kalau telefon dia waktu2 mcm ni..hanya mampu mesej sebagai sokongan...itu ja yg termampu pada waktu tu..:(
Kita yg merancang, tp Allah yg menentukan, plan nk pegi ziarah arwah x jd atas sebab2 yg x dpt dielakkan, hati ni sedih sgt2, sebab harapan x kesampaian, terus mesej dia bgtau salam takziah dr keluarga dan maaf sbb x berkesempatan nk pegi ziarah...rasa bersalah pn ada...:(
x tau lar knpa dr dpt berita pg sabtu tu, sampai waktu entry ni ditulis, masih tertanya2 mcm mn keadaan dia,risau,sedih,curious..semua bercampur2..:(


Hanya mampu berharap agar dia dan keluarga tabah hadapi ujian Allah ini...
Allah lebih sayangkan dia...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Illahi
Semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg soleh...Al-Fatihah..



Monday, April 25, 2011

mood : bersyukur dikurniakan sahabat2 yg sgt2 best...syg diorang..

~ praise be to Allah ~
~ MY FRIENDS ~
~ they colourful my day ~
~ together we celebrate our happiness ~
solving problems together ~
~ respect to each other ~
~ spent time together ~
~ they're one of the important and valuable thing in my life~
~ tq Allah for giving me frens that always cheer up my day ~
love them much... ~




~ sahabat yg selalu ada disisi ~


masuk tahun ni..km dah berkawan hampir2 5 taun..kalau bdk2 2..dah tadika...lama sgt2..
start berkawan dari tgkatan 4...tgktn 1 hingga 3 x sama klas..tgkatan 4 br sama...first2..x rapat lg..dah tgh2 taun br start rapat smpai lar skunk...terpisah jauh sbb masing2 di U len2..tp still cntct...
 sgt2 bersyukur ada kwn mcm ni...slalu ada waktu susah n senang..x pernah lupa kwn..:)
tq sgt2 pada dia sbb slalu menjadi tmpat rujukan kalau ada masalah walaupun kdg2 masalah 2 membebankan dia..tp dia slalu ckp ok jer..
selama 5 taun ni..best sgt2 dpt kwn mcm ni....kwn yg menyenangkan...semuanya sgt2 ok...
hrp2 berkekalan selama2nya...

~ ELISA ~


YA ALLAH, KEKALKANLAH PERSAHABATAN YG TELAH SEKIAN LAMA TERBINA DAN SGT2 BERHARGA INI.AMIN

p/s : sahabat selamanya....



~ sgt2 menghargai persahabatan ini ~

rupa2nya dah hampir  setaun km berkawan..semuanya bermula dengan persahabatan yg terjalin antara dia dan housemate aq...
mula2..just tegoq2 ja..sbb satu negeri..kedah tercinta..housemate2ku n dia satu kelas..so, kerap lar bt discussion kt umh km,dsbbkan selalu jmpa waktu depa bt dscssion, so, mula la join depa bt dscssion walaupun just dengaq ja depa dscss sbb aq x sama klaz dgn depa..
dah dkt2 sebulan join hepi2 ngan depa,dah jd satu geng lak km semua..bermula dgn 2..km dh jd kwn..tp just kwn yg tegoq2 besa ja..tp bermula dengan cuti 2 mggu sem 1, start dr situ km jd rapat..
km mula share problems sama2, blik kedah sama2 n dah jd rutin km, kalau salah sorang blik, mesti hantar naik bas, dialah yg hantaq aq..aq x berkesempatan lg nk hntq..sbb slalu jd org terawai hilang dr UPSI...(^.^)...n kalau salah sorang p mana2..blik kg. ker atau dr kg. blik upsi ker..mesti akan pesan msj kalau dah sampai...walaupun blik ujung mggu...kalau cti,  kadang2 msj tp as usual.. just merepek2 jer msj 2...tah bla nk berubah km ni...huhuhu...
 perkara yg plg aq ska kwn ngan dia..dia  sporting,  t8cre tntg kwn dia, n slalu ada untuk share hepi n problems...ni kalau dia tau ni..senyum je memanjang..sabaq je lar...:) satu g yg best tntg dia...slalu jgk brtndg ke umh ...
kdg2 just mai smbg2 kejap, share problems,n selalunya merapu2...(rutin kami kt komen @ chat di fb ker, msj ker,sembg ker...semuanya x pernah serius) satu lg habit yg x dpt dibuang..ermm.. kdg2..dia ada dscssion dkt2 ngan umh aq..kdg2 smpt gak  sggh jap kt umh aq...
km sebenaqnya jrg jumpa..sbb kelas x sama walaupun dua2 bdk sains..
sebabkan 2 lah km just jmpa kadang2...tp jmpa kdg2 2 yg best...bnyak cerita nk sembang n share...ermm..mmg habis ar...huhuhu..:)
sem depan..km dah satu klas..2 pun just satu subject jer...aq pun x tau yg km satu klas..tp last2 br sedaq sama klas 2 pun lpas dia bgtau.....
awal2 sem 2.. ada jgk km ckp "ermm..skunk dah jrg jmpa"...kdg2 seminggu skali...2 pun selisih waktu pi kelas....
kdg2 seminggu x jmpa lgsg..
kalau sem 1 dulu slalu jgk jmpa...
sbb UPSI setiap sem tukaq rumah n housemate..so..no more discssion yg blh join..
tp sem 2 ni..dan la jgk join n tgk depa bt rehearsal BI..2 pun sat ja...best pulak join diorang..ingat masa sem 1..bnyak sgt kacau diorang bt dscssion..(^.^)
tp..dah lama2..best gak rupanya lama x jmpa...skali jmpa....mcm sebulan x jmpa...tah pa2 yg km sembang...(^.^)
tp walaupun jrg2 jmpa...slalu jgk cntct d Fb..ok la jgk...


hrp2 persahabatan km ni berkekalan...cuma x bestnya..sem 2 ni..dia dh bnyak kali mai umh aq ( actually kena terjah...bt sakit perut jer.. )..rasanya 4, 5 kali jgk lar...tp aq skali pun x p umh dia...huhuhu..tq so much to her...appreciate it a lot..n sori jgk..hrp2 dimaafknlah bkn x mau p..tp kekangan masa...InsyaAllah sem depan ..(^.^)
persahabatan selama 2 sem ni..Alhamdulillah ok...InsyaAllahjumpa lg di sem 3 slpas cti 5 bln...lamanya...:(


~ UMI  ~


SEMOGA IA KEKAL SELAMANYA 
YA ALLAH..KEKALKANLAH UKHWAH KAMI YG TERBINA INI SELAMA-LAMANYA...






p/s: coretan selama dua sem bersahabat..